Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 3.64 mata lebih tinggi pada 1,597.19 berbanding 1,594.59 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka 1.67 mata lebih tinggi pada 1,597.26.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 340 berbanding 290, manakala 397 kaunter kekal tidak berubah, 932 tidak diniagakan dan 14 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.13 bilion unit bernilai RM702.47 juta.

Menurut seorang penganalisis, pasaran ditutup bercampur-campur pada rehat tengah hari didorong jualan yang konsisten dalam saham modal kecil dan berkaitan utiliti, tetapi menyaksikan peningkatan dalam saham wajaran tinggi terpilih.

“Sokongan institusi membantu mengangkat barometer pasaran ke kedudukan positif pada rehat tengah hari. Bagaimanapun, indeks itu boleh menyusut semula semasa urus niaga ditutup nanti, “ katanya. - BERNAMA