Semasa ditutup, indeks susut 1.87 mata kepada 1,629.46 berbanding 1,631.33 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka 0.25 mata lebih tinggi pada 1,631.58 dan turun naik antara 1,626.99 dan 1,635.47 sepanjang dagangan hari ini.

Seorang peniaga berkata, pasaran lemah disebabkan kurang pemangkin.

Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd. mengumumkan penyelesaian T+2 , iaitu sebahagian usaha berterusan Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan kitaran risiko sistemik akan dilancarkan pada 29 April depan.

Kitaran penyelesaian lebih singkat itu akan menyelaraskan proses pelepasan dan penyelesaian pasaran modal Malaysia dengan bursa utama global di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia-Pasifik sudah memulakan operasi kitaran penyelesaian T+2, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kedudukan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 475 berbanding 355 manakala 388 kaunter tidak berubah, 670 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.49 bilion unit bernilai RM1.79 bilion berbanding 3.13 bilion unit bernilai RM1.75 bilion semasa ditutup pada Isnin. - BERNAMA