Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.39 mata kepada 1,600.84 berbanding 1,596.45 pada penutupan Jumaat.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 322 berbanding 312, manakala 359 kaunter tidak berubah, 951 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.10 bilion saham bernilai RM706.16 juta.

Seorang penganalisis berkata, pelabur terus berhati-hati dan kini memberi tumpuan kepada ekuiti wajaran tinggi terpilih manakala sebahagian lagi beralih tumpuan kepada bon kerajaan.

“Kami dapati syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas dan kaunter-kaunter berkaitan dan Malaysia Airports merupakan antara kaunter paling untung hari ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA