Bank pusat itu berksta, tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk memastikan sistem kewangan dan ekonomi negara kekal berdaya tahan dan terus stabil dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan tidak pasti pada masa ini. 

“Liputan media mengenai kerugian pertukaran asing hari ini merujuk kejadian yang berlaku hampir 25 tahun lalu. 
"Sejak itu, BNM telah mencapai kemajuan, lebih kukuh, lebih telus dan lebih bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Utusan Malaysia hari ini melaporkan BNM mencatat kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, yang didedahkan bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid. - UTUSAN ONLINE