Pengarah Urusan Lee Motors Autocare, Eugene Lee berkata, pihaknya dibantu lebih 20 pekerja dan beroperasi di kemudahan sedia ada yang bersaiz 1,393.55 meter persegi yang mampu memuatkan tujuh kenderaan BMW dan enam buah BMW Premium Selection bagi tujuan pameran.

Katanya, premis tersebut juga menampilkan stesen kerja Grand Klasse (GKL) yang baharu serta ruang BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan kaunter barangan BMW Lifestyle.

“Kami telah menimba pe­ngalaman dan kepakaran selama lebih sedekad dalam usaha membawakan kenikmatan pemanduan sempurna di Malaysia. Kami percaya dan berbangga untuk terus memacu jenama BMW ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan cemerlang.

“Kami berhasrat membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan mewakili jenama BMW melalui ruang yang diperbaharui ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lee Motors Autocare mencatatkan pertumbuhan lebih 30 peratus pada tahun lalu melalui penyerahan lebih 200 kenderaan BMW.

Wakil pengedar itu akan terus menawarkan pakej perkhidmatan lengkap meliputi jualan, perkhidmatan, alat ganti dan sistem (4S) serta BMW Premium Selection.

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pihaknya telah menyerahkan lebih 5,000 kenderaan kepada pelanggan bagi tempoh Januari hingga kini.

Menurutnya, jumlah itu mewakili kadar pertumbuhan sebanyak enam peratus dan mahu perkembangan tersebut diteruskan bersama-sama wakil pe­ngedar di seluruh negara.