Menara FELDA untuk ruangan ekonomi di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID (PIX SAHAJA)

Agensi penarafan itu berkata, bantuan kewangan itu akan menambah beban hutang kerajaan yang sudah jauh melepasi median ‘A-rated sovereigns’.

Moody’s turut memberi amaran bahawa beban hutang lebih tinggi akan menjejaskan kemam­puan hutang Malaysia terutama­nya kerana bahagian perolehan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 16.3 peratus pada 2018 mungkin kekal pada atau berada paras rendah.

“Kami menganggarkan bahawa bantuan ini akan mening­katkan beban hutang kerajaan sebanyak 0.3 peratus daripada KDNK kepada 56 peratus pada 2019, jauh lebih tinggi daripada nisbah hutang median untuk ‘A-rated sovereigns’ sebanyak 37.8 peratus dan meningkat daripada 50.7 peratus pada 2017.

“Dalam anggaran kami, ia termasuk hutang dana pelaburan milik negara 1Malaysia Deve­lopment Bhd. (1MDB) dan RM20 bilion dana yang diberikan kepada Tabung Haji, akhir tahun lalu berbentuk sukuk bersandarkan aset,” katanya.

Kerajaan memperuntuk RM6.2 bilion bagi memulihkan Felda, menurut kertas putih Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang dibentang di Dewan Rak­yat pada minggu lalu.

Dokumen tersebut menyebut pemberian itu bagi menguruskan liabiliti Felda sebanyak RM14.4 bilion kerana agensi itu mempunyai masalah aliran tunai yang kritikal.

Bantuan akan di salur melalui geran, pinjaman dan jaminan kerajaan.