Kerjasama bersama dua institusi pengajian ini merupakan inisiatif Bank Rakyat bagi membantu dan menyokong pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti bidang pengajian Islam dan psikologi.

Selain itu, kerjasama ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat dengan berkongsi kepada masyarakat bagi pembangunan pendidikan dan kebajikan golongan yang memerlukan.

Pada masa yang sama, inisiatif ini turut menyumbang kepada pembangunan modal insan negara serta melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi.

MoA bersama USAS ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan) Bank Rakyat, Datuk Asmuni Sudin bersama Ketua Pematuhan Syariah Bank Rakyat, Mohd Zamerey Abdul Razak dan Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Anas Md. Yusof pada 29 Ogos yang lalu.

Sementara itu, pada 4 September 2018, MoA bersama KITAB, Bank Rakyat turut diwakili Asmuni dan Mohd. Zamerey, sementara KITAB oleh Datuk Dr. Mustapa Kassim. - UTUSAN ONLINE