Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan penggiat fintech iaitu pembekal pembayaran mudah alih, BerryPay (M) Sdn. Bhd. dan pengeluar e-wang berlesen, KiplePay Sdn. Bhd..

Kata beliau, BerryPay akan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang mudah alih bagi kemudahan pemegang akaun pekerja asing dengan menghubungkan mereka melalui akaun bank maya dalam sistem perbankan elektronik yang unik kepada penerima lain dan sebaliknya.

“Melalui kerjasama dengan Bank Islam, BerryPay berhasrat untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk pekerja asing dalam sektor perladangan, pemindahan dana rakan setaraf serta pembayaran rentas sempadan untuk para pelanggannya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi BerryPay, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dan CEO KiplePay, Tan Kay Yen. - UTUSAN ONLINE