Tawaran ini pada harga premium SG$2.06 (S$1=RM3.00) sesaham berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam dokumen tawaran bertarikh 7 Jan 2019, dan Axiata secara melupuskan 28.7 peratus pegangannya dalam M1, serta keluar daripada pelaburannya di Singapura, dan berdasarkan perjanjian itu, ia akan memperoleh anggaran keuntungan sebanyak RM126.5 juta.

Axiata berkata ia membuat keputusan untuk menerima tawaran itu berdasarkan keperluan untuk pengagihan semula modal serta keutamaan baharu selaras dengan visinya untuk menjadi juara digital generasi akan datang menjelang 2022, dan pelaburan yang diperlukan untuk tujuan itu.

Kumpulan itu juga memilih untuk tidak menjadi pelabur minoriti dalam sebuah syarikat swasta berpotensi, dengan tidak menukarkannya kepada tunai.

Ini sebenarnya bukan keputusan yang mudah. Kami sukakan pelaburan dalam M1 dan percaya pada masa depannya yang panjang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata Axiata perlu menyusun semula keutamaannya dan menggunakan mopdal itu untuk tujuan yang lebih baik dan melakar bab baharu bagi kumpulan itu, dan pada masa yang sama meningkatkan lagi nilai pemegang sahamnya.

Pelaburan Axiata dalam M1 bermula pada 2005 dan syarikat itu terus menyumbang kepada pertumbuhan kumpulan itu selama bertahun-tahun dengan dividen berjumlah RM1.1 bilion dalam tempoh 10 tahun lepas. - BERNAMA