Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Axiata menyatakan bahawa Tengku Azmil Zahruddin menggantikan Kenneth Shen yang berkhidmat sebagai penama Khazanah sejak 2011.

“Beliau akan mewakili dana pelaburan strategik itu sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas Axiata berkuat kuasa 12 Januari 2018,” jelasnya.

Tengku Azmil Zahruddin yang menyertai Khazanah pada 2011 sebagai pengarah eksekutif pelaburan, mengurus pelaburan dana itu dalam pelbagai bidang, termasuk inovasi dan teknologi selain memantau pejabatnya di San Francisco dan Khazanah Koridor Utara di Pulau Pinang. - BERNAMA