Walaupun ramai tahu tentang perbezaan dari segi kaum dan budaya antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pengguna dalam talian antara kedua-dua wilayah ini mempunyai sentimen yang berbeza.

Bagi membantu perniagaan memahami corak pembelian atas talian untuk para pengguna di Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, baru-baru ini kami menjalankan penyelidikan untuk memahami mereka dengan lebih baik dan menyimpulkan kajian kami dengan penemuan berikut.

Penduduk Malaysia dari Sabah dan Sarawak menghabiskan lebih banyak masa mencari produk berbanding pengguna di Semenanjung

Menariknya, penduduk Sabah dan Sarawak menghabiskan 75 peratus masa mencari produk berbanding pengguna di Semenanjung. Walaupun terdapat lebih banyak pembeli dalam talian di Semenanjung, mereka menghabiskan 11 peratus masa membeli-belah dalam talian yang lebih rendah berbanding pengguna di Sabah dan Sarawak.

Pembelian dalam talian menjadi lebih mudah dan menarik di Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan penambahbaikan logistik dan gerbang pembayaran. Pemain logistik seperti DHL dan MAB Kargo telah melabur banyak sumber mereka untuk meningkatkan perkhidmatan, khususnya untuk sektor e-dagang yang semakin meningkat.

Tidak seperti pembeli di Semenanjung, rakyat Sabah dan Sarawak tidak berbelanja dalam talian semasa waktu makan siang

Dengan menganalisis cara rakyat Malaysia membeli-belah setiap hari, kami dapati kedua-dua wilayah mula membeli-belah atas talian mulai pukul 11 pagi dan seterusnya. Sepanjang hari, kami juga dapati kebanyakan rakyat Malaysia di Semenanjung lebih suka berbelanja semasa rehat makan tengah hari berbanding rakyat Sabah dan Sarawak.

Trafik dalam talian di Semenanjung sedikit meningkat 0.2 peratus mulai pukul 11 pagi hingga 2 petang manakala penurunan 9.4 peratus di Sabah dan Sarawak. Selepas waktu makan tengah hari, lalu lintas dalam talian meningkat sekali lagi dan pengurangan berlaku antara pukul 4 petang hingga 6 petang.

Walaupun terdapat penurunan trafik dalam talian untuk kedua-dua wilayah, Sabah dan Sarawak mencatat penurunan yang lebih besar pada 28 peratus manakala Semenanjung hanya mengalami penurunan sebanyak 16 peratus.

Dengan lebih banyak pembeli dalam talian mudah alih di Semenanjung, data ini menunjukkan bahawa rakyat di Semenanjung lebih cen­derung untuk terus berbelanja melalui telefon bimbit semasa pulang dari kerja.

Ramadan, Tahun Baru Cina dan jualan hujung tahun Disember adalah tempoh membeli-belah dalam talian paling popular

Pada bulan Ramadan, terdapat peningkatan yang ketara bagi trafik dalam talian dari Semenanjung dengan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding Sabah dan Sarawak dengan kenaikan 14 peratus. Lalu lintas dalam talian mencapai kemuncaknya hanya lima hari sebelum Hari Raya.

Tempoh ini menyaksikan kenaikan trafik dalam talian terutama pada pukul 4 pagi apabila rakyat Malaysia bangun untuk sahur. Kejadian unik ini hanya berlaku pada bulan Ramadan dan trafik dalam talian akan kembali normal selepas Hari Raya.

Terdapat juga pembeli dalam talian yang lebih tinggi di Sabah dan Sarawak pada tempoh Tahun Baru Cina. Ia mencapai trafik puncak hanya lima hari sebelum Tahun Baru Cina, dengan peningkatan 27 peratus trafik dalam talian di Timur berbanding 19 peratus di Semenanjung.

Ini mungkin dipengaruhi oleh sekumpulan besar rak­yat Malaysia etnik Cina di Sarawak, yang terdiri lebih daripada 26 peratus penduduk Sarawak.

Kebangkitan minat dalam e-dagang juga menjadikan tempoh jualan digital seperti jualan hujung tahun Disember sebagai satu acara yang popular di seluruh Malaysia. Jualan hujung tahun ini meraih peningkatan tertinggi trafik dalam talian berbanding de­ngan tempoh perayaan dalam talian yang lain.

Jeremy Chew adalah Pemasar Kandungan Kanan iPrice Group ( https://iprice.my/ )