Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, perbincangan yang masih di peringkat awal itu turut melibatkan beberapa syarikat dari sektor teknologi, infrastruktur dan telekomunikasi.

“AmBank BizRACE ialah cabaran keusahawanan yang bertujuan menawarkan PKS dengan akses kepada sesi perkongsian pengetahuan dan latihan pembangunan yang merangkumi pembangunan kepimpinan, penambahbaikan dalam model perniagaan selain sistem dan struktur serta transformasi budaya.

“Kami berharap dapat memuktamadkan perbincangan tersebut pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Siri Melangkaui Pembiayaan Ambank BizCONFERENCE bertajuk ‘Pelaksanaan Objek Rangkaian Internet Untuk Segala-galanya (IoT)’ di sini hari ini. - BERNAMA