Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet), Peter Schiesser berkata, pada masa ini lebih 70 peratus universiti di Malaysia membenarkan pelajarnya membayar yuran menerusi JomPAY.

“Kami gembira UMS memutuskan untuk menerima pembayaran menerusi JomPAY. Di JomPAY, UMS hanya perlu disambungkan dengan satu bank untuk mengutip pembayaran daripada 40 bank di Malaysia,” katanya.

PayNet ialah operator JomPAY iaitu perkhidmatan pembayaran bil dalam talian terbesar Malaysia dengan lebih 4,600 kod pengebil.

Pengarah Urusan Perbankan Borong AmBank Group, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, usaha sama itu membolehkan bank menyediakan keselesaan, akses dan fleksibiliti bernilai tambah kepada pelajar dan petugas universiti untuk membuat pembayaran.

“Ini juga selari dengan usaha UMS untuk menjadi kampus tanpa tunai,” katanya. - BERNAMA