Kunjungan seramai lapan anggota itu diketuai oleh Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan bagi bertemu dengan Mohd. Rafiq yang juga merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2004 dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Zaini dan semua ahli berkongsi pengalaman dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu mengenai hala tuju persatuan tersebut yang dinaungi oleh lebih 650,000 alumni universiti itu.

Mohd. Rafiq turut gembira dengan kunjungan itu dan berharap pelbagai kegiatan dapat dijalankan oleh PAUiTM bagi memberi pulangan semula kepada universiti, terutamanya alumni dan masyarakat.

"Sebagai alumni UiTM, saya menyambut baik langkah ke depan yang diambil oleh PAUiTM untuk bertemu dengan sebahagian daripada bekas pelajarnya dan berjanji akan membantu persatuan tersebut mengikut kemampuan saya," katanya. - UTUSAN ONLINE