Ketua Airbus Rantau Asia Pasifik, Jean-Marc Nasr berkata, ia merupakan peningkatan satu per tiga daripada perolehan bernilai AS$400 juta (RM1.62 bilion) yang dicatat pada 2018.

Beliau berkata, peningkatan trafik penumpang selain daripada kerja-kerja pembangunan pelbagai jenis pesawat Airbus dijangka menjadi antara pemacu sasaran berkenaan.

“Hari ini Airbus merupakan rakan niaga terbesar dalam industri Aeroangkasa di Malaysia. Ini merupakan bukti kepada kualiti kerja yang tinggi serta dasar kos kompetitif negara dan polisi kerajaan yang menyokong pembangunan industri penerbangan tempatan,” katanya pada sesi taklimat Airbus di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE