Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Tom Enders, pengeluaran jet jumbo itu akan dihentikan sepenuhnya menjelang 2021 selepas pelanggan terbesar A380, Emirates dan beberapa lagi pembeli menerima tempahan mereka.

Katanya, Emirates mengurangkan tempahan kepada 14 buah pesawat berbanding 53 buah sebelum ini.

“Syarikat penerbangan itu akan membeli secara berasingan 70 buah pesawat yang lebih kecil iaitu A330neo dan pesawat badan lebar A350 yang bernilai AS$21.4 bilion (RM87.39 bilion) sebelum diskaun.

“Pengumuman ini sangat sukar untuk kami dan seluruh komuniti A380 di seluruh dunia. Keputusan memberhentikan pengeluaran A380 bakal memberi kesan kepada 3,500 pekerjaan,” katanya. - AGENSI