Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AirAsia terima pengiktirafan ASEAN

AIRASIA ASEAN
PRESIDEN Filipina, Rodrigo Roa Duterte (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Sektor Keutamaan Integrasi bagi sektor pelancongan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Joey Concepcion (kiri) dan Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez pada majlis ASEAN Business Awards 2017 yang berlangsung di Manila, semalam.-UTUSAN

MANILA 6 Sept. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad memenangi anugerah Sektor Integrasi Keutamaan bagi kategori pelancongan dalam majlis Anugerah Perniagaan ASEAN 2017 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia dan anugerah ini adalah yang pertama daripada ASEAN.


“Anugerah ini sangat bermakna dan penting kepada syarikat. Kami telah berjaya menghubungkan kesemua negara ASEAN dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang berkualiti.


“Pertambahan laluan penerbangan AirAsia di ASEAN turut membantu sektor pelancongan dan ekonomi negara berkembang dengan pesat. Saya berharap lebih banyak hab penerbangan tambang murah dibina di rantau ASEAN sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada AirAsia untuk beroperasi di sana,” katanya.


Pada majlis itu, Fernandes yang mewakili AirAsia menerima anugerah yang disampaikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte dan disaksikan Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez serta Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Joey Concepcion. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain