Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, anugerah berkenaan mengiktiraf integrasi dan hubungan antara perniagaan ASEAN yang dimiliki dan dikendalikan oleh AirAsia, serta prestasi dan kehadirannya yang luar biasa di rantau ini.

“Impian kami adalah untuk memiliki satu langit ASEAN dan tetingkap tunggal ASEAN yang akan meningkatkan integrasi ekonomi di rantau ini.

“Kami kini berusaha untuk menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan ASEAN tunggal yang dimiliki oleh warga ASEAN. Kami juga berharap perjalanan di ASEAN akan menjadi lebih mudah pada masa depan dengan satu visa tunggal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah tersebut yang diadakan di Ritz-Carlton Hotel Singapura itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Ketua Pegawai Perhubungan Global AirAsia, Juergen Keitel.

ABA yang diwujudkan oleh Majlis Penasihat Perniagaan (BAC) ASEAN pada 2007 memberi pengiktirafan ke atas syarikat-syarikat ASEAN yang luar biasa, untuk menjadi platform bagi menyebarkan maklumat mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN dan menonjolkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi menjadi pemain ekonomi global dalam industri masing-masing.

Sebagai tambahan kepada pelancongan, anugerah Sektor Integrasi Utama turut diberikan untuk pencapaian dalam 16 subkategori lain berasaskan pertanian, elektronik, tenaga, kewangan, perikanan, makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), infrastruktur, logistik, runcit, berasaskan tekstil, pelancongan dan berasaskan kayu.

KEPONG 8 Okt.

Lebih 3,000 penduduk Jinjang Selatan Tambahan di sini meminta kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan isu berkaitan perumahan mereka yang berlar