Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AirAsia mahu terminal baharu

Tony Fernandes 2
Tony Fernandes

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kumpulan AirAsia menyuarakan hasrat mahukan terminal penerbangan tambang murah yang baharu bagi menampung keperluan penum­pang yang kini semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kum­pulannya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kebanyakan kapasiti di lapangan terbang tambang rendah seperti di Langkawi dan Pulau Pinang telah hampir penuh manakala di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah 60 peratus penuh.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan terminal pada kos yang rendah terutamanya di KLIA2, Kuching, Sarawak, Pulau Pinang, Langkawi, Terengganu dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya memerlukan terminal, bukannya lapangan terbang. Kami adalah syarikat penerbangan tambang murah yang mahukan kemudahan pada kos yang rendah.

“Beri kami terminal penerbangan tambang murah dan kami akan mewujudkan peluang kerjaya yang ramai dan pada 10 tahun akan datang mampu menyumbang sebanyak RM1 trilion untuk ekonomi Malaysia,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di dalam pesawat AirAsia yang sedang terbang ke Bangkok, baru-baru ini.

Pada 2016, AirAsia Bhd. telah menerbangkan 26.4 juta penumpang manakala kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X ialah seramai 61.3 juta penumpang. Manakala secara keseluruhannya sejak 2001 sehingga tahun lalu, Kumpulan AirAsia menerbangkan 450 juta penumpang.

Malah AirAsia Bhd. mencatat sejarah apabila kekal menjadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali kesembilan berturut-turut dan AirAsia X juga turut diiktiraf di peringkat dunia apabila memenangi Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Kerusi Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali kelima berturut-turut.

Tony berkata, jika Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) tidak mahu membina terminal baharu untuk mereka, ia boleh dibuka kepada bumiputera seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) milik bilionair Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Beliau berkata, AirAsia tidak berdepan dengan masalah di LTAS malah segala keperluan mereka disediakan secara profesional dan sebarang masalah ditangani dengan baik.

“Jika anda (MAHB) tak mahu buat, bukalah kepada bumiputera. Hasilkan lebih banyak usahawan bumiputera. Lihat sahaja LTAS, milik bumiputera dan boleh beroperasi dengan cekap.

“Kita (Kumpulan AirAsia) mem­punyai hubungan yang baik de­ngan LTAS. Jika MAHB tak nak buat (terminal), biarlah orang lain yang buat. Dengan cara ini ia menyuntik persaingan yang sihat,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain