Kedua-dua syarikat itu terkejut dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan pembayaran PSC.

Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun berkata, AirAsia percaya bahawa mahkamah telah silap dan kumpulan akan merayu terhadap keputusan itu.

Katanya, AirAsia akan memohon penangguhan pelaksanaan dan mencabar tindakan MASSB dan syarikat induknya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Kami ingin menegaskan bahawa cabaran undang-undang ini bukan sahaja di antara AirAsia dan MAHB. Sekiranya kita kalah dalam rayuan itu, penumpang terutamanya pelancong terutama Malaysia perlu membayar apa yang sedang dicaj oleh MAHB.

“Kami percaya bahawa rakyat Malaysia harus mempunyai hak terhadap perjanjian yang adil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia membayar PSC belum dibayar sebanyak RM40.73 juta, yang syarikat penerbangan itu enggan kutip selama enam bulan tahun lepas. - UTUSAN ONLINE