Ketua Eksekutif Serantau AIA Group, Tan Hak Leh berkata, Ng akan bertanggungjawab mengukuhkan lagi kedudukan AIA dalam industri insurans hayat dan membantu syarikat mengoptimumkan pertumbuhannya di Malaysia.

“Kami gembira mempunyai Ng sebagai peneraju operasi kami di Malaysia. Berdasarkan rekod prestasi dengan kejayaan selama lebih 24 tahun dalam industri insurans hayat, saya yakin Ng akan membantu syarikat mempertingkatkan perniagaan kami di sini ke tahap pertumbuhan dan kejayaan baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ng yang menyertai AIA pada 2011 akan mengetuai pembangunan berterusan perniagaan insurans dan takaful AIA di Malaysia.

Beliau akan melapor kepada Tan.

Ng ialah lulusan University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat dengan Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan selain merupakan aktuari bertauliah dan Felo Persatuan Aktuari serta Felo Persatuan Aktuari Kasualiti. - BERNAMA