Keputusan itu dibuat selepas pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan Kadar Dasar Semalaman (OPR) diturunkan 25 mata asas iaitu daripada 3.25 peratus kepada tiga peratus.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan, selaras dengan semak semula terseut, kedua-dua BR dan BFR telah diturunkan sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa 16 Mei 2019.

“Selain itu, kadar deposit juga turut diturunkan 20 mata asas untuk tempoh 12 bulan ke bawah dan 15 mata asas bagi tempoh 12 bulan ke atas berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Penurunan ini dijangka memberi manfaat dengan kadar pembiayaan lebih rendah kepada usahawan tani untuk maju dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Pada masa sama kadar keuntungan untuk pendeposit juga turut dijaga. Agrobank yakin penurunan ini membawa impak positif kerana akan wujudnya lebih peluang pembiayaan kepada usahawan tani dan turut membantu menaikkan pertumbuhan pembiayaan Bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA