Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

43 peratus guna KWSP bayar pendahuluan rumah

Sheldon Fernandez 8
Sheldon Fernandez

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan wang simpanan persaraaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar pendahuluan atau mengurangkan jumlah pinjaman prinsipal untuk membeli hartanah.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, kajian atau ‘tinjauan sentimen pengguna’ yang dijalankan pihaknya mendapati, le­bih 43 peratus responden berbuat demikian iaitu peningkatan lima peratus daripada 38 peratus pada separuh kedua tahun lalu.

Beliau berkata, penggunaan wang persaraan seperti KWSP untuk membayar pendahuluan atau mengurangkan jumlah pinjaman menunjukkan terdapat masalah pemilikan rumah di negara ini.

“Pembeli-pembeli pula me­nunjukkan kecenderungan me­­reka untuk memiliki rumah ber­banding menyimpan untuk ha­ri-hari persaraan,” katanya da­lam kenyataan di sini hari ini.

Kajian itu membabitkan seramai 949 responden daripada kalangan bakal pembeli, ejen hartanah dan pihak pemaju.

Fernandez berkata, menerusi data yang dikumpul PropertyGuru, 91 peratus responden me­nyatakan mereka memerlukan pinjaman rumah untuk membeli harta­nah ataupun rumah kediaman.

Malah katanya, 45 peratus da­ripada mereka memilih untuk mengambil pinjaman sebanyak 90 peratus dan 25 peratus pula memilih untuk mengambil 70 hingga 80 peratus pinjaman perumahan, manakala 18 peratus memilih pinjaman rumah sebanyak 100 peratus.

“Keputusan ini menunjukkan keadaan harga hartanah Malaysia yang kian stabil berbanding kenaikan mendadak pada 2 hingga 3 tahun yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 46 peratus responden berpendapat kadar faedah yang dikenakan pihak bank amat tinggi dan berpendapat ia wajar dikurangkan memandangkan ca­baran eko­nomi dihadapi rak­yat, berban­ding 31 peratus yang meng­anggap kadar tersebut adalah berpatutan.

“Banyak pinjaman perumahan terutamanya pinjaman bersama telah pun diluluskan oleh pihak bank, namun ramai yang menolak kerana margin pinjaman yang diberikan serta jumlah bayaran bulanan yang dikenakan terlalu tinggi,” katanya.

Tinjauan Sentimen Penggu­na PropertyGuru yang dilakukan setiap pertengahan tahun me­ngukur sentimen pasaran hartanah tempatan bagi membantu pihak pembeli, ejen-ejen harta­nah serta pihak pemaju memahami keadaan terkini industri hartanah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain