Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

20 jenama francais di Thailand menjelang 2020

KUALA LUMPUR 16 Julai - Malaysia meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 20 jenama francais tempatan bakal menembusi pasaran Thailand menjelang tahun 2020.

HAMZAH ZAINUDDIN
HAMZAH ZAINUDDIN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, DatuK Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelbagai langkah telah dikenal pasti oleh kementerian serta agensi terlibat seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk memastikan sasaran itu berjaya dicapai.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga, agensi berkenaan akan terus mempergiatkan promosi jenama francais Malaysia di Thailand.

“Dengan populasi penduduk ASEAN berjumlah 639 juta, usahawan tempatan disaran merebut peluang pasaran tersebut sebagai platform untuk melonjak ke pringkat global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah ketika ini berada di Bangkok, Thailand untuk menghadiri Pameran Peluang Perniagaan dan Francais Thailand 2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Bangkok. UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain