Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ia merupakan pencapaian yang baik memandangkan MSAM tahun ini berlangsung enam hari sahaja berbanding lapan hari pada tahun lalu.

“Berdasarkan rekod, purata pengunjung untuk lima hari pertama adalah sebanyak 36,685 orang berbanding 26,875 semasa MSAM 2016 di Tapah, Perak,” katanya dalam Majlis Penutup MSAM 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE