Pengurus (Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan) CoolBlog, Win Z. Zakaria berkata, serentak itu juga diadakan kempen Hari Harimau bagi mempromosikannya.

Beliau berkata, produk terbaru itu merupakan minuman khas yang dibuat menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam.

"Campuran gula perang dengan teh dan kopi premium berkualiti itu mampu memberi kesan yang menyerupai cakaran harimau di setiap bekas minuman CoolBlog.

"Campuran ini sebenarnya sudah lama terkenal di Hong Kong dan Taiwan dan disebabkan itu, kami membawa menu ini untuk diperkenal dan dipromosikan di Malaysia," katanya ditemui pemberita selepas majlis pelancaran minuman itu.

Menurutnya, promosi Hari Harimau berlangsung selama tiga bulan bermula 15 Januari hingga 31 Mac yang menawarkan pelbagai promosi, acara dan ganjaran yang menarik.

Selai itu katanya, CoolBlog Desserts Sdn. Bhd. yang mempunyai lebih 250 cawangan di Malaysia menganjurkan cabaran tarian #RimauDanceChallenge dalam media sosial bersempena dengan kempen Hari Harimau.

"Pelanggan hanya perlu meniru tarian ciptaan kami dalam laman rasmi Facebook dan Instagram CoolBlog dengan memuat naik video tersebut dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000," katanya.

Tambahnya, minuman terbaru itu dijual pada harga RM6.50 yang didatangkan dengan cawan bercorak khas dan boleh didapati di semua cawangan CoolBlog seluruh negara. - UTUSAN ONLINE