Presiden ACO, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, inisiatif ini adalah sebahagian usaha bagi meningkatkan lagi kerjasama dan transaksi dalam kalangan koperasi ASEAN melibatkan perdagangan emas.

Beliau  berkata, ACO Gold Hub adalah hasil kerjasama dua pihak iaitu ACO dan Quantum Metal Sdn. Bhd. (QM), manakala MyAngkasa Holding Sdn. Bhd. sebagai pengurus projek dilantik untuk usahasama ini.

"Pembeli dan pemilik ACO Gold kini berpeluang miliki emas secara fizikal atau di dalam bentuk simpanan ACO Gold Akaun dan kesemua emas yang disimpan dijamin 100 peratu," katanya dalam Pelancaran ACO Gold Hub di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.  - UTUSAN ONLINE