Dalam suasana sambutan Bulan Kemerdekan, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) turut bersama berusaha menyemaikan semangat patriotik di kalangan belia.

 Hari ini mereka berjaya menyiapkan paparan logo Negaraku Sehati Sejiwa, tema sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2017 dengan 4,809 buah penutup botol plastik yang dipaparkan di dinding luar pejabat SME Corp negeri di sini hari ini.

 Selain itu, Patut turut mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai untuk dilekat di kenderaan masing-masing di samping dikibarkan di premis kalangan usahawan di negeri ini.

 Turut serta, Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim; Pengarah SME Corp negeri, Muhammad Ibrahim dan
Presiden Patut, Amir Hakimi Che Razali

 Menurut Amir, Patut yang dianggotai 150 ahli (kalangan usahawan muda di bawah bimbingan SME Corp.) mengambil masa dua minggu untuk menyempurnakan program, dan mereka amat teruja dapat menjayakannya.-
 UTUSAN ONLINE