Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] KMEK bantu kempen derma darah

KEEK BANTU DERMA DARAH
PENGARAH Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaiton Udin bersama Presiden KMEK bertanya khabar kepada salah seorang pengamal media yang menderma darah di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.-UTUSAN

ALOR SETAR 17 Julai - Lebih 30 ahli serta individu dari pelbagai agensi ‘sahabat’ Kelab Media Elit Kedah (KMEK) menyahut seruan menderma darah bagi menyumbang kepada tabung bekalan darah wilayah utara yang kini berada di bawah tahap selamat.


Presidennya, Mohd. Rafie Azimi berkata, inisiatif itu diambil selepas Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail membuat kenyataan memaklumkan stok darah sedang berada pada paras agak kritikal iaitu dia bawah 500 pint, Rabu lalu.


“Kami harap, sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu selain membuka mata ramai pihak mengenai kepentingan menderma darah,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaiton Udin menyambut baik inisiatif diambil KMEK tersebut.


“Saya fikir kempen sebegini membantu menambah semangat kepada semua orang untuk menderma darah. Sejak hebahan dilakukan di media beberapa hari lalu, stok bekalan darah juga sudah meningkat kepada 600 pint.


“Jumlah itu bagaimanapun masih belum mencukupi kerana di HSB saja, kami menggunakan kira-kira 500 pint darah seminggu. Justeru kami berharap agar lebih ramai yang tampil menderma dan mereka boleh berbuat demikian dengan hadir ke Jabatan Perubatan Transfusi di Lobi utama HSB,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain