Acara yang berlangsung di Taman Paragliding Kota Putera Bukit Bubus Tembila melibatkan 48 orang ‘pilot’ paragliding dari beberapa negeri yang silih berganti menerbangkan lambang negara itu.

Program anjuran Unit Belia dan Sukan negeri adalah bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri

Ia dijayakan dengan kerjasama Unit Korporat Setiausaha Kerajaan, Kelab Sukan Udara Bukit Baru, Kelab Luncur Angin Besut, Kelab Luncur Udara Jerai dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Penolong Setiausaha Kerajaan (unit korporat), Raja Faisal Raja Harun memberitahu, Taman Paragliding Bukit Bubus menjadi lokasi pilihan kerana pemandangan yang menarik dan kawasan yang strategik bagi aktiviti ini berasaskan ketinggiannya yang bersesuaian.

“Dengan adanya program ini dapat turut mempromosikan aktiviti sukan lasak secara lebih meluas sebagai salah satu produk pelancongan di Terengganu.

“Di samping menarik lebih ramai penglibatan golongan belia dalam sukan ini, dan memberi ruang kepada MSAF mencari bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa,”ujar kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE