Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Cadang wujudkan sekolah sukan di Kedah - Mahdzir

MAHADZIR SEKOLAH
MENTERI Pendidikan Malaysia , Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah ) beramah mesra dengan murid bakal atlet tenis selepas Majlis Pelancaran Pembangunan Sukan Tenis Negara di Dewan As Syafie SMK Taman Jelutong di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ISMAIL KAMADIN

KULIM 4 Mac - Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini terdapat lima sekolah sukan nasional iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Johor; Terengganu; Pahang dan Sabah.

“Bagi kawasan utara, belum ada melainkan sekolah sukan negeri, justeru, kita bercadang mewujudkan sebuah sekolah sukan bertaraf nasional di kawasan utara...dicadangkan di Kedah.

“Cadangan ini bukan bermaksud membina sebuah sekolah baru sebaliknya menaik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr. Mehander Singh Nahar Singh.

Menurut Mahdzir, kementerian akan meneliti beberapa aspek dan menilai sekolah yang berpotensi sebelum melaksanakan cadangan itu.

“Kita belum tentukan sekolah mana, kita akan tunggu laporan, bajet, lokasi, kemudian baru tentukan mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan program Satu Murid Satu Sukan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Ia berikutan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah yang kini turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sukan,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berharap Program Pembangunan Sukan Tenis Negara, yang merupakan jaringan kerjasama antara kementerian, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Program yang dimulakan di Kedah diikuti Melaka pada Jun ini, akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.- BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain