Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, pihaknya berbesar hati menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi yang berpusat di Jepun itu.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan menguntungkan penuntut UTM, malah rakyat secara amnya.

“Blockchain ini merupakan satu teknologi yang direka bagi menghalang penipuan dalam transaksi digital,” katanya pada majlis MoU yang diadakan di Medini 9, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif OBC, Gen Matsuda; Ketua Pegawai Eksekutif OKWAVE, Kaneto Kanemoto. - UTUSAN ONLINE