MoA itu bertujuan mengga-lakkan penggunaan bahasa Arab di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain dengan WORAL yang juga ahli Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Masyarakat (QF), menawarkan program pendidikan dan budaya di seluruh Malaysia.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Naib Canselor USIM, Datuk Dr. Musa Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WORAL, Dr. Abdulaziz al-Subai'ei di hadapan para pegawai, ahli akademik dan penyelidik yang berkongsi kepen-tingan bersama dalam penggalakan bahasa Arab dan budaya Islam di Qatar, baru-baru ini.

Musa dalam ucapannya pada majlis itu berkata, melalui kerjasama itu, USIM membawa hasrat penubuhan Sudut Bahasa Arab yang dilihat berpotensi menjadi platform untuk me-ningkat dan menyebarkan pen-getahuan bahasa Arab.

"Secara langsung ia menyumbang kepada perkembangan bahasa Arab terutamanya kepada negara bukan penutur asli bahasa itu seperti Asia Tenggara," katanya.

Menurutnya, pusat itu menjadi wadah penyebaran dan perkongsian maklumat mengenai rujukan, penyelidikan, siri penerbitan, jurnal dan apa-apa penerbitan bahasa Arab bagi faedah bersama.

“Ia dilihat bakal memberi impak positif dalam perkembangan bahasa Arab yang boleh memberi manfaat kepada dunia Islam. Secara tidak langsung, mengukuhkan hubungan antara USIM dan WORAL serta hubu­ngan Malaysia dan Qatar,” ujar-nya.