Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tingkat program, ceramah jenayah

Usaha beri kesedaran kepada murid sekolah

SEORANG pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri
SEORANG pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri menyampaikan ceramah Anti Gengsterisme dan Antidadah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gelang Patah, Iskandar Puteri, kelmarin. IHSAN POLIS

ISKANDAR PUTERI 9 Julai - Usaha memberi kesedaran di peringkat sekolah me­ngenai kesalahan jenayah menerusi penganjuran pelbagai program dan ceramah akan terus dipertingkatkan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, program kesedaran mengenai usaha pencegahan serta kesedaran me­ngenai jenayah itu penting ter­utama kepada pelajar dan murid sekolah.

Menurutnya, IPD Iskandar Pu­teri sudah lama menggerakkan program seumpama itu dan terkini adalah menerusi penganjuran Ceramah Anti Gengsterisme dan Antidadah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gelang Patah semalam.

“Seramai 28 orang murid sekolah tersebut yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menghadiri cera­mah berkaitan yang menyentuh isu-isu jenayah semasa bermula pukul 10 hingga 11.30 pagi.

“Selain menyampaikan ce­ra­mah berkaitan, pihak kita juga memberi nasihat dan amaran kepada mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan jenayah di seko­lah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, ceramah itu di­sampaikan oleh Inspektor Mani Arasu dan Inspektor Jagjit Singh dari IPD Iskandar Puteri.

Sementara itu, dalam program berasingan, Noor Hashim memberitahu, satu ceramah mena­ngani gejala buli dalam kalangan kanak-kanak telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 pada 4 Julai lalu.

Beliau berkata, seramai 140 mu­rid lelaki Tahun 6 sekolah ber­­kenaan menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Inspektor Marne Mohd. Motar sejajar usaha pihak polis memberi kesedaran jenayah buli kepada murid sekolah.

“IPD Iskandar Puteri komited untuk menganjurkan lebih ba­nyak program seumpama itu ter­utama membabitkan pelajar dan murid sekolah membabitkan kawasan IPD kita di masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain