Dua anugerah itu adalah Foto Berita Terbaik di samping Liputan Berita Dalam Talian Terbanyak bagi kategori media dalam talian.

Jurugambar, Azlan Bahrum mengungguli kategori siswa menerusi gambar Sajarah cipta ‘sejarah’ di PABM yang disiarkan pada 8 Disember 2018.

Manakala Farid Janudin pula memenangi kategori komuniti/am menerusi gambar yang disiarkan pada 1 Februari 2018 iaitu Teropong gerhana bulan : UniSZA didik masyarakat dekati ilmu sains, teknologi.

PROF. DATUK DR. HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN (duduk, lima dari kiri) bersama pengamal media pada Mal

PROF. DATUK DR. HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN (duduk, lima dari kiri) bersama pengamal media pada Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA di Hotel Permai Kuala Terengganu malam tadi. - UTUSAN ONLINE/ AZLAN BAHRUM

Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh dan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Wan Abd. Rahman Wan Hayat.

Majlis kali kelima anjuran Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA itu bertujuan menghargai segala usaha dan kerjasama pengamal media negeri ini dalam mengangkat UniSZA sebagai tema berita.

Bertemakan ‘Arabian Night’, sebanyak 19 anugerah mengikut kategori dipertandingkan termasuk Anugerah Khas Media Naib Canselor yang diberikan kepada bekas wartawan dan jurugambar Radio Televisyen Malaysia (RTM), Allahyarham Khalid Abdullah. - UTUSAN ONLINE