Dianggarkan seberat 200 kilogram, haiwan itu  yang tidak dapat bergerak dalam reban yang sempit,  ditarik keluar oleh  lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pemilik rumah kira-kira pukul 5.45 pagi.

Ketua balai, Timbalan Penguasa Bomba Khairul Hasmi Mokhtar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menghadapi masalah untuk mengeluarkan ular tersebut yang menjadi agresif setiap kali cuba ditarik.

Tambahnya, selepas setengah jam berusaha, akhirnya berjaya ditarik keluar dari reban sebelum dibawa pulang dengan lori ke balai, dan kemudiannya diserahkan kepada pihak pengurusan Zoo Kemaman. - UTUSAN ONLINE