Ketuanya, Mahsuri Menon berkata, seramai 20 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di sini menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai dalam program Ziarah Amal Ramadan yang digerakkan di DUN berkenaan semalam.

Katanya, program itu adalah salah satu daripada inisiatif Srikandi negeri dalam membantu meringankan beban golongan itu dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kita membantu golongan ini bukan kerana untuk mencari populariti tetapi mahu berkongsi kegembiraan dan kesedihan yang dialami mereka dalam menyambut lebaran.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada mereka untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi,” katanya kepada pemberita dalam program itu semalam.

 

Yang hadir sama, kepimimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri.

Menurut Mahsuri, pihaknya akan terus mendekati dan menyelami denyut nadi golongan kurang berkemampuan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti golongan lain.

“Ini merupakan tanggungjawab kami sebagai kerajaan yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kita akan laksanakan amanah ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE