Jurulatihnya, Hasmadi Jusoh berkata, mereka yang bakal menggalas cabaran kontinjen JBPM akan membawa pulang kejayaan melalui penyertaan buat julung kali ini.

Keyakinan itu katanya berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menjalani latihan yang turut diterajui bersama Alias Musa.

“Kami berusaha untuk latih mereka membuat persiapan terbaik bagi memastikan berada di tahap terbaik menjelang kejohanan.

“Kalau boleh kita nak bomba serba boleh, kalau sebut sukan..orang dah gerun untuk bertanding kerana reputasinya sekali gus membawa imej yang baik kepada JBPM,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Sementara itu, dua anggota bomba dari Kuala Terengganu iaitu Ezam Aziery Mamat dan Yusri Yong merupakan antara lapan atlet yang akan berentap dalam kejohanan tersebut.

Bagi Ezam Aziery, beliau telah bersiap sedia untuk menyertai kejohanan ini buat pertama kali, dan akan berusaha untuk membawa balik kejayaan.

“Setakat ini saya sudah buat semua persiapan dari segi mental dan fizikal melalui latihan yang rapi tanpa menjejaskan kerja sebab saya bawa nama bomba sebenarnya.

“Saya kena bijak bahagikan masa, untuk kerja dan latihan supaya tidak berlaku pertindihan,” katanya. - UTUSAN ONLINE