Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd. Zubir Embong berkata, mereka akan memperoleh pengalaman yang amat berharga di institusi yang dimuliakan sebagai tempat menggubal perundangan dan dasar pentadbiran bagi kepentingan negeri serta rakyat.

“Terengganu yang mempunyai 32 kerusi DUN itu akan memberi peluang kepada golongan berkenaan berperanan sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing mengikut prosedur dan tertib sebenar.

“`Mereka akan memperlihatkan ciri ketokohan menerusi cara mereka berdebat dengan penuh adab, hujah yang bernas dan mengemukakan usul. Ini dapat mengasah pemikiran dan memupuk ciri kepemimpinan dalam diri seseorang,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Terengganu Daerah Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipetua PPPM Cawangan Terengganu Daerah Kuala Terengganu, Toh Puan Ramizah Hashim dan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.

Program DUN Muda mula diperkenalkan pada tahun lalu dan pada tahun ini sebanyak empat persidangan telah dilangsungkan melibatkan pelajar Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dalam dua sesi dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Universiti Pertanian Malaysia. - UTUSAN ONLINE