Koperal Azim Abd. Majid, 34, dilaporkan menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi sewaktu menjalani latihan jasmani (hiking) untuk cawangan keselamatan istana di kawasan rekreasi berkenaan.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai anggota pengiring rapat Sultan Terengganu di cawangan keselamatan istana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. - UTUSAN ONLINE