Kunjungan itu diketuai Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin yang turut diiringi timbalannya serta semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Terengganu.

Menurutnya, Abdul Rahim yang pernah menjadi pengarah pendidikan Terengganu dari tahun 1994 hingga 1998 kini terlantar akibat penyakit kanser tulang.

“Akibat kanser tulang yang dihidapi sejak tiga bulan lalu, beliau tak dapat lagi bergerak aktif dan kini terlantar di rumahnya dengan bantuan kerusi roda.

“Beliau (Abdul Rahim) menamatkan perkhidmatan awam sebagai ketua jemaah nazir pada 2005,” katanya menerusi aplikasi whatsapp di sini hari ini.

Shafruddin memberitahu, Abdul Rahim dianggap sebagai pencetus kebangkitan pendidikan di Terengganu menerusi idea-ideanya yang melangkaui zaman.

Jelasnya, jasa dan sumbangan besar dalam membangunkan bidang pendidikan di negeri ini membolehkan Abdul Rahim mendapat anugerah tokoh guru negeri pada tahun 2008 dan kebangsaan pada 2009. - UTUSAN ONLINE