Mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pukul 1 tengahari, kira-kira 3 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dikesan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemukan tersangkut pada dahan pokok di tebing sungai berdekatan Kampung Nibong Bawah.

Jelasnya, operasi disambung semula pukul 7 pagi ini melibatkan seramai 38 orang anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan dibantu penduduk kampung.

“Kawasan pencarian pada hari ini kita perluaskan kepada lima kilometer persegi dari lokasi kejadian dan pencarian melibatkan aktiviti di permukaan, dasar dan di sepanjang tebing sungai.

“Kita juga mendapat bantuan pasukan anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Putrajaya,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE