Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mat rempit dalam program kemasyarakatan polis

KUALA TERENGGANU 12 April - Polis negeri akan menarik penyertaan lebih meluas golongan muda termasuk mereka yang terbabit dalam gejala merempit dalam program kemasyarakatan anjurannya.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Idris Abdullah berkata, langkah itu merupakan salah satu pendekatan untuk menghindarkan golongan berkenaan daripada kegiatan tidak bermoral dan menjejaskan ketenteraman.

Bagi tujuan itu, jelas beliau, antara program yang akan diadakan nanti adalah aktviti berbasikal bersama-sama mereka melibatkan seluruh kontinjen polis di negeri ini.

“Kita nak jadikan belia di negeri ini sebagai Rakan Cop (rakan polis), dalam masa terdekat ini kita akan panggil kumpulan-kumpulan terbabit menyertai program berbasikal,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas mengadakan Lawatan Kebajikan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Sempena Peringatan Hari Polis ke-210 di hospital itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, para pegawai kanan polis negeri termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz

Wan Hamzah.

Pihaknya juga merancang mengadakan beberapa program komuniti lain termasuklah melibatkan penyertaan cawangan narkotik bagi menyedarkan golongan belia tentang bahaya dadah selain penglibatan pihak berkuasa agama negeri untuk memberi penerangan agar menjauhi gejala sosial. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain