Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Marang hab pendidikan

Bina institusi pendidikan dalam RMK-11

Ahmad Razif Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama A. Latiff Awang (dua dari kiri) mengambil juadah k
Ahmad Razif Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama A. Latiff Awang (dua dari kiri) mengambil juadah ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang, semalam. – UTUSAN/FARID JANUDIN

MARANG 6 Julai - Daerah ini bakal muncul sebagai salah satu hab pendidikan negeri berikutan komitmen kerajaan untuk membina beberapa buah lagi institusi pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Kese­belas (RMK-11).

Perancangan ke arah itu antara lain melibatkan sebuah kolej matrikulasi, sebuah kolej komuniti, sebuah sekolah khusus untuk pelajar tingkatan enam dan cawangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang melibatkan peruntukan besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A.Latiff Awang berkata, ia akan membantu menjadi pemangkin pembangunan dan ekonomi da­erah di samping merancakkan perkembangan pusat pertumbuhan baharu dengan perumahan, kemudahan sukan dan rekreasi.

“Kolej matrikulasi itu akan dibina di Kampung Serating, Mercang dekat sini di kawasan yang sudah dikenal pasti.

“Kolej Komuniti pula akan ditempatkan di Pekan Binjai Rendah manakala sekolah khusus untuk pelajar tingkatan enam di Kelulut melibatkan keluasan kira-kira 20 hektar,” ujarnya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN (DUN) Pengkalan Berangan di Dewan Sivik Binjai Rendah dekat sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang mengulas lanjut, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung pembinaan sekolah untuk pelajar tingkatan enam di Kelulut.

Kampus cawangan UMT pula, katanya akan dibangunkan di tapak seluas kira-kira 240 hektar di Bukit Kor yang bakal menyediakan tiga bidang pengkhususan iaitu Pusat Pengajian Pengajian Sains Teknologi Makanan, Pusat Pengajian Sains Asas dan Pusat Pengajian Sains Asas Liberal.

“Pada masa ini daerah ini sudah mempunyai Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), kampus UCSI, Sekolah Menengah Imtiaz di samping Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di Kubang Ikan yang terletak dalam Parlimen Marang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain