MAIDAM Terengganu dalam satu kenyataan berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di pautan www.espmb.com/maidam_zakat/.

“Permohonan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Bantuan dermasiswa itu membabitkan pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil sehingga peringkat doktor falsafah (PhD).

Ia dikhaskan kepada pelajar yang tidak mendapat tajaan atau pinjaman daripada mana-mana institusi selain mereka yang kurang berkemampuan. - UTUSAN ONLINE