Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jerteh dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Besut itu turut disertai kanak-kanak dari tiga kelas Tabika Perpaduan Zon Jerteh.

Pengerusi KRT Bandar Jerteh, Mohammad Ishak berkata, antara acara yang disediakan ialah senamrobik, larian 10,000 langkah dan pemeriksaan kesihatan.

Katanya, selain itu, diadakan juga pertandingan mewarna yang disertai kanak-kanak tiga kelas tabika perpaduan dari Bandar Jerteh, Seberang Jerteh dan Simpang Tiga Jerteh.

“Menerusi program seumpama itu penduduk bukan sahaja didedahkan kepada aspek penjagaan kesihatan malah pada masa yang sama mengeratkan perpaduan yang sedia terjalin,” katanya. - UTUSAN ONLINE