Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan penilaian dibuat untuk mengenalpasti keperluan sebenar terhadap RMM terutama untuk golongan B40.

Katanya,sebelum ini tiada data dan maklumat lengkap tentang siapa yang memohon dan siapa yang berjaya memiliki rumah tersebut keadaan itu menyebabkan RMM tidak sampai skepada mereka yang layak.

Menurutnya, KPKT sedang menyusun data dan maklumat tesebut dan jika mendapat kerjasama baik daripada kerajaan-kerajaan negeri, PBT serta agensi berkaitan, tugas itu lebih mudah dilaksanakan.

“Jika dibuat dengan cara mengadakan Banci Negara akan memakan masa hampir 10 tahun bagi melengkapkannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyemarakan Bulan Kebangsaan anjuran Komuniti Harapan Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di Dewan Sivik Jabi dekat sini hari ini.

Pada program anjuran bersama Pejabat Penerangan Besut itu, beliau turut menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada sembilan Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan DUN Jabi.

“Untuk golongan yang memerlukan RMM ini, bermula awal tahun, kerajaan telah menyediakan kemudahan peruntukan RM1 Bilion menerusi Bank Negara dan jika habis, kerajaan akan pertimbang semula,” ujar beliau.

Bagi golongan muda, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu berkata, kerajaan telah menyediakan satu skim baharu `sewa beli’ yang melibatkan institusi kewangan tanpa syarat ketat untuk memiliki rumah. - UTUSAN ONLINE