Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Jusoh berkata, penurunan itu dipengaruhi oleh pengurangan kejadian membabitkan rumah kediaman apabila hanya satu episod dilaporkan dengan lima kes daripada sembilan episod dengan 46 kes yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Di samping itu, katanya, sebanyak 268 kes berlaku di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan manakala 29 kes di sekolah bukan di bawah kementerian dan 246 kes di institusi kerajaan.

“Bahkan, sepanjang Ramadan lalu kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian keracunan makanan.

“Keadaan itu mungkin disebabkan oleh tahap kesedaran orang ramai dalam memilih makanan yang selamat dan bersih selain amalan kebersihan tinggi yang dibudayakan kalangan pengendali makanan serta aktiviti memberi pendidikan yang giat dijalankan Jabatan Kesihatan Terengganu kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Terengganu 2019 yang dilancarkan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Mohd. Salim Dulatti di Paya Bunga (PB) Square di sini hari ini.

Menurut Mohd., sebanyak 6,739 premis telah diperiksa sehingga Jun lalu dengan 189 kompaun dikeluarkan membabitkan nilai RM28,407. - UTUSAN ONLINE