Ahmad Razif berkata, berdasarkan sambutan menggalakkan, pihaknya bercadang menjadikannya program tahunan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bagi merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Program ini merupakan gabungan beberapa pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan ia memperlihatkan pemuafakatan yang baik untuk manfaat rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian tersebut.

Yang turut hadir, Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Nazari Ab. Hadi; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abd. Jalil dan Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt. Kol. Di Izuan Mahar Afandi.

Sementara itu, karnival sehari bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam ini menyediakan pelbagai acara menarik dengan sebelah pagi dimulakan senamrobik Transformasi Terengganu Baharu (TTB), pasar jualan sentuhan rakyat, pameran serta sukaneka.

Turut disediakan pemberian spek mata percuma, jamuan rakyat, pertandingan mewarna, acara jom makan durian, food truck percuma serta battle of the band pada sebelah malam. - UTUSAN ONLINE