Jambatan ikonik itu yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bakal menjadi salah satu mercu tanda bandar raya ini serta negeri merupakan komponen pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTTC) yang sedang rancak dibangunkan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan perkembangan projek itu yang awalnya dikatakan dapat disiapkan penghujung tahun lalu, semasa merasmikan upacara pecah tanah laluan KTCC ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini hari ini.

Bermula pada Ogos 2014, jambatan itu sepanjang 632 meter dengan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi 'draw span’, serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup. - UTUSAN ONLINE